Friday, 27 May 2011

Great Migration...duhh

salamun alaik,,


ingin qu update buat ke kesekian klinye ikan paus yg tersadai nii..


alhamdulillah,, tirai exam bru je terttup.hri rabu.mmg amat mmenatkan laa wei.bygkan la pertama kli ktorg dhdapkan dengan kertas putihh yg gile2 pnyer tuu, 3 weeks in a row...perhh,, x pernah lg la ktorg exam smpai 3 mggu streak.pling lame pon smggu lebey. tu pon dah kilo2 die pnyer level. yang ni mega giga..combine skaligus due2 sbb first xprience. nk smpi tera tggu taon dpn. last exam taon dpn.tp mmg btol laa, kenerakaan tu mmg trase mse exam nii. nsib baek smue clan member gave full cooperation. xde yg kcau2 mai duk berbual time study tu. mmg understanding btol, kan?kan?


skang nii,, latest news,,.2 org dikhabarkan akn berpndah plak.. duhh,, gram aq... igt kan migration wave tuu da abes. rpenye ad lgi.potong steam tol.lpas 2 org tu mmg konfem dah,, dgr la plak soksek soksek 5, 6 org lg nk pndh gak..nk bg ktorg extinct ke ape ntah dorg ni


mule2 dgr tuu, aq buat x tauu jer. sbb x knfem lg dorg tu nk pndh ke x. pastu day by day past, smpi la hri kamis tu, bru la tauu dorg mmg knfem nk pndh.huh,,bongok2..


ni laa muke2 yg nk pndh tuu. nsib baek la aq smpat snap 2 org ni  ;;




ni laa dinosaur tuu..extincted.nsib baek ade fosil lg..ktorg x kn lpe mg..
lpih2, crzy decision ke crzy thinking ntah...tp x pe laa, asl mg bhgia mne2 pon. kmi hnya mmpu mlihat dan mgharap je.jd sniper doa.
pih, hrp la mg x change.behave as urself anywhere, dude.dont born an evil within urself.hheh.ni bkn sdih2 laa.sje je buat sdih.
weii, mg igt dok post hok mg wat tu? tjuk 'memori bersama mereka'??ceh,,skang ni mg plok hok join dorg.pe daa..senget nggoh






hahh,, ni plak burung dodo..pupus kt pulau caribbean.but,our mmory together will last till doomsday. chee..long lasting punyer mmory..hheh.
fattah2,mgkin kmi x tau mslh mg. mg pon x bgtau. tpi walo mne2 pon mg study, study.hheh..maafkan slh clap ktorg,k.jgn x maaf plak.6t ktorg x redha mg migrate kn, naya.heheh..ppon,jge la kwn kte yg dah kt sne tu.hheh..all da best! thumbs up mann !




aq hrp ni yg terakhir la.x nk la byk lg y kuar.x best laa.kte dri form1 lg 2gether-gether.naik form4 da nk g len la plak.adeihh...

k,, da mlm..otak aq pon da mai die pnye kmarau...aq hrap la unity kte ttap tguh la.walo gunung mnimpa,tsunami melanda, pstikan ukhuwwah kite pon kan berganda!!penghijrahan itu pon kdg2 membawa kearah kebaikan gak.tp path yg dipilih tu pon perlu di decide sndiri oleh empunye badan.baek atau buruk.hitam atau putih.tguh kan apa yg telah anda bina di smib ni...
you can be the most beautiful blooms of all, only if u give urself chance to try the fertilizer
igt lahh..sume bnde bergantung pd diri kite sdiri.even takdir pon walo Allah yg mnentukan, namun dpt diubah dgn usaha.Allah hnye mlihat pd usaha.bkn natijah. tpi usaha itupon perlulah kene pd caranye.x gitu?matlamat tidak mghalalkan cara guys..kite buat ap yg disuruh, tggal pe yg dilarang..grenti, bintang kan dpt kite cpai tnpa bntuan apa2 alat2 pon...insyaAllah..

chow~

Sunday, 8 May 2011

letih !

ya Allah...

periksE!! perikeSe!!! perikSeE!!!

mmg Sekse... 

3 minGGu jew ag,,,,

aduhh !! xdod modal ! bosey benge.. kkgi paper psi ..

bajett....

Saturday, 30 April 2011

memori bersama mereka .

salam wbt semua .aku tengok blog ni xbergerok pon..xpe lah .

nway aku just nak kongsi story about our friends that leave us and went to SBP , 
xapa . mungkin ada hikmah mereka keluar ..

permata pertama
muhammad ihsan hilmi 

tanpa dia..kelas semakin sunyi..dulu kerana beliaulah kelas bergegar .perempuan naik angin..

permata kedua dan ketiga 
ahmad fithree dan muhd huzaifah

kalu dulu ada seorang pelajar akan naik ke pentas dan memberikankan ucapan . 
ucapannya penuh dengan cerita yang banyak pengajaran di dalamnya . 
tetapi sekarang ? masih tiada pengganti yang dapat menggantikan diri beliau.
~ahmad fithree~

jika bercakap tentang memberi hujah ,`seharusnya` nama huzaifah akan disebut .
ini kerana keberanian beliau dalam melontarkan hujah beliau walau ramai yang tidak menyukainya . 
kini barulah ku sedar .bahawa anpa dirinya . tiada lagi seorang sahabat yang dapat menggerakkan kami pabila kami terlalai ,.
~huzaifah~

permata keempat 


jika disebut nama nik hafez a.k.a ust pa (pggilan cik nun ) 
pasti tidak lekang dengan keriangannya sewaktu berjenaka dengan kawan2..sewaktu kehilangannya,
bagaikan hilangnya tayar bagi sebuah motor ..jika dulu ,ada seorang kawan yang suka bergurau , dan pabila beliau terasa , pasti beliau akan menyimpan sahaja di dalam hati untuk menjaga hati kawan2nya yang lain..
tapi....kini tiada lagi gurauan2 dari nya . dan ini sukar lagi untuk terjadi ..

ihsan hilmi-permata pintar
fithree & huzaifah - KISAS ( bumi waqafan )
nik - SBPI batu rakit (BRAINS)
kehilangan mereka bagaikan hilangnya huruf2 di atas keyboard.

walaupun ditangisi . mereka tidak akan kembali lagi bersama di imtiaz ,,,

de[4]th genz ua 


~alhafiz~

Friday, 29 April 2011

living 'zombie'ly

salamun alaik...


mari kite sama2 menghidupkn apa yg telah dirancang. smemangnye menghidupkan sesebuah blog memang pyh wei. sori klau lme da x buat post bru. ahli2 blog ni pon smemangnye pemalas blako(kocok boto budu). jnis malas nk mnaip. klu chatting laju plok.heran2. k, ni aq nk buat jgk post bru.lantak x best pon, ske ati. aslkan blog ni idop walopon sdikit zombi.x phm? 2 mslh ko..


8 mei 2011, trai ppriksaan kan bkk plak. bru jer bleh rsult. aduihh.. smemangnye imtiaz is a weirdo, un,, un. btol x?? skolah pling plik. tpi excellence is a must in dis skool. hehehee.. n skang ni pon msing2 tgh cbuk utk preparation utk exam ni.idop mmg x kn lpas dri ujian. but when theres a will, there is way, of coz... antara mahu n x mahu.


8 mei 2011, exam yg mna amat mletihkan. very tiry, dude.. 1 whole month non-stop confronting mny piece of paper with full of words and pic, maybe. dunia smakin mencabar rupenye. growing kid cam ktorg akn cbe utk berjinak2 ngn kondisi yg pnuh dgn kedewasaan ini, insyaAllah.definitly. pyh x pyh, ttap kan cube gak. xkn la nk lri ble exam nk start. lgi bangang klo buat camtu.mcm org x de matlamat idop. an.?an..?


sbenarnye exam la yg mengajar idop kte sbenanye without concern. x kire la mna2 exam pon, exam paper ke, exam scra live practically ke, smua nye ader lesson2 tersndiri. atas kitelah yg mengenalpasti nye. klo hti jnis celik, bleh ah nmpk. klo x, sgala2nye kn gelap, pengajaran dri ssuatu pristiwa pyh ntuk jdikn teladan. heh, ckp psl ni, teringt kt dri sndiri.ngeh3..anways, nobody perfect doe. even mufti skli pon, klo jnis gile glamor, hncur beb..hancurr. tpi perlulah ade perubahan. transformation is a must in one's life. spe ckp ntah x igt. klo kite x brubah, spe yg nk ubah kte?? even Allah sndiri pon xkn ubah kte. so ktelah yg prlu mengubah dri sndiri ke arah kesejahteraan idop. klo ditnye, "spe nk msok syurge??". byk la yg agkat tgn. konfiden smcm jer. bile ditnye lak,"spe solat subuh pgi tadi?" 2,3 kerat je yg agkat. tu pon mcm x knfiden jerk. btol ke x, wallahu a'lam. adoii... cmni ker org nk msok syurga??"............................"ngeh3..


arhhh.... k, da kring da idea...x tau pe nk tlis dah. btol la org ckp, human power is limited, depends on its user.hehehh, tersindir dri sndiri plak.k, chow luhss

Wednesday, 16 March 2011

Apa Erti

Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat
www.iLuvislam.com
oleh: Cik Hijau


Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.



Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.


Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Teringat satu mail yang ana dapat mengenai luahan rijal. Jom kita kongsi bersama. Insya Allah ada manfaatnya.



"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

Tuesday, 15 March 2011

Pesanan Buat Sahabat..

Pesanan dari seorang sahabat sejati:
"Aku mengasihi semua sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, sama seperti aku mencintai sanak saudaraku. Seorang sahabat yang baik adalah manusia yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati."

"Ketahuilah mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.Jika tidak ketemui sahabat yang beriman dan bertakwa, aku lebih rela hidup menyendiri."

"Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan seseorang yang mesti ku waspadai kejahatan mereka."

"Ingatlah wahai saudara Islamku sekalian,tenanglah kamu dalam menghadapi perjalanan hidup ini.Sepanjang usiaku yang semakin tua,semakin sukar aku temukan di dunia ini sahabat sejati.Ku tinggalkan orang jahat kerana banyak kejelekannya dan kujauhi orang (sesetengah) berkedudukan kerana kebaikannya sedikit."

"Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai dengki,hatiku lega dan jiwaku bebas daripada bara permusuhan.Ketika musuhku lalu di depanku, aku menghormatinya.Semua itu kulakukan supaya aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan dan kemungkaran."

"Aku tunjukkan kemarahan, kesopanan dan persahabatanku kepada orang yang kubenci sama seperti kuperlihatkan hal itu kepada orang yang kucintai.Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan berjangkit apabila kita mendekati mereka. Namun, menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan dan silaturahim."

"Kadangkala aku terfikir mudah-mudahan aku dapat bersahabat dengan anjing kerana walaupun hina, ia masih menunjukkan jalan kepada majikannya yang tersesat.Bukan seperti manusia jahat yang selama tidak akan memberi petunjuk."

"Selamatkanlah dirimu! Jagalah! Lidahmu baik-baik kerana kamu akan bahagia, walaupun kamu terpaksa hidup sendiri di muka bumi ini.Lebih baik kamu bersendiri daripada mendekati manusia yang menipu dan memperdayakanmu."

"Jika seseorang tidak dapat menjaga maruah dan nama baiknya kecuali dalam keadaan dipaksa oleh orang lain, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.Ramai orang lain dapat menjadi penggantinya."

"Berpisah dengannya bererti beristirehat.Dalam hati masih ada kesabaran, meskipun memerlukan daya usaha yang keras untuk mempertahankannya.Tidak semua orang yang kamu sukai, menyukaimu dan sikap ramahmu, kadangkala dibalas dengan sikap biadap."

"Jangan bersahabat dengan pengkhianat kerana dia tidak memperdulikan kesetiaan.Dia akan memungkiri jalinan kasih yang dibina dan menampakkan hal yang kelmarin menjadi rahsia sulit."

"Selamat tinggal dunia jika di atasnya tidak lagi ada sahabat jujur dan menepati janji.Biarlah hidup bersendirian daripada mengkhianati manusia.Bersegeralah mendekati orang-orang mulia supaya kamu beroleh kemuliaan hidup di dunia ini."